Tips Putihkan Muka Dengan Cepat Dan Natural
Mungkin anda akan bertanya pada diri sendiri, perlukah saya menggunakan scrub wajah sebagai salah satu tips putihkan muka dengan cepat dan natural? Sedangkan saya telah menggunakan produk lain. Jawapannya Ya! Mungkin anda tidak mahu membeli atau menggunakan produk penjagaan wajah yang lain, atau mengambil masa untuk menggunakannya, tetapi scrub wajah antara produk penjagaan wajah yang penting dan salah satu tips putihkan kulit wajah anda!
Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya terlebih dahulu kita mengetahui apa sebenarnya scrub wajah? Scrub wajah merupakan produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah dan ia adalah salah satu tips putihkan muka dengan cepat dan natural. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit di bahagian lain. Oleh sebab itu wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satunya menggunakan scrub.
Terdapat beberapa sebab mengapa perlu menggunakan scrub wajah. Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan putih cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 1 kali seminggu).
Scrub Toksik Merbahaya di Pasaran
Tetapi sebelum itu, kami ingin menekankan bahawa tidak semua scrub selamat di wajah anda! Mengapa? Kebanyakkan scrub muka di pasaran sekarang mengandungi microbeads. Apa itu microbeads? Microbeads ni sebenarnya adalah cebisan plastik berbentuk sfera yang biasa digunakan dalam produk untuk tujuan skrub. Sebabnya microbeads ni keras. Jadi bila anda gosok kulit dengan biji-biji keras ni, lapisan kulit yang luar yang kusam akan terhakis dan akan nampak lapisan dalam yang lebih cerah dan bersih. Dalam ubat gigi pun ada yang letak microbeads.
Senang je nak kenal pasti microbeads dalam produk. Cuba lihat gambar, kalau terjumpa produk dengan tekstur begitu, microbeads lah itu. Cuba confirmkan dengan baca kandungan produk.
Kenapa microbeads diharamkan?
Sebab microbeads ini mencemarkan alam. Bila anda cuci muka, gosok gigi atau mencuci apa-apa sahaja menggunakan microbeads, benda ini akan masuk kedalam sistem saliran dan akhirnya akan masuk kedalam alam semulajadi (tasik, sungai). Microbeads tak boleh diproses. Ia dimakan oleh haiwan kecil dalam air dan akhirnya menjadi makanan kita. Sanggup ke makan plastik??
Banyak negara dah haramkan penggunaan microbeads. Tapi Malaysia?? Tak tahulah bila…
Cuma kali ini kami nak kongsikan sebenarnya anda boleh jadikan alam ini lebih selamat untuk anda dan semua orang dengan cara hentikan penggunaan microbeads.
TAPI…. MACAMANA NAK SCRUB MUKA DAN BADAN?
Tips Putihkan Muka Dengan Cepat Dan Natural Dengan Gantikan Scrub Toksik Merbahaya Anda Dengan 9 Bahan Di Dapur
Haa cuba tengok kami senaraikan 9 benda yang anda mudah sangat nak dapat dan boleh gunakan sebagai scrub natural.
1. GULA.
Gunakan gula halus untuk mencuci muka anda sebagai salah satu tips putihkan muka dengan cepat dan natural. Gula selain berfungsi sebagai scrub mekanikal (kerana struktur yang keras & sedikit kasar), ia juga mengandungi Glycolic acid yang boleh mempercepatkan penggantian sel kulit. Campurkan gula dengan minyak yang bersesuaian dengan kulit (eg: Jojoba oil) untuk dijadikan pes scrub.
2. GARAM.
Pilih garam yang tidak terlalu kasar dan jangan menyental terlalu kuat kerana ia akan memedihkan kulit muka. Buat dengan lemah lembut sahaja ye.
3. BIJI KOPI.
Blend biji kopi sehingga halus. Boleh campurkan serbuk ini dengan yogurt atau bahan lain untuk membuat pes dan dijadikan scrub! Confirm kulit wajah anda mulus licin berseri!
4. OAT.
Sama seperti biji kopi. Oat juga boleh diblend sehingga halus dan gunakan sebagai scrub. Campurkan dengan susu untuk kelembapan ekstra. Boleh juga campurkan dengan Green Tea untuk mengecutkan jerawat.
5. BIJI ALMOND.
Anda boleh juga blend biji almond sehingga halus dan jadikan scrub. Pori anda pasti dicuci bersih dan lapisan kulit mati dapat disingkirkan dengan mudah.
6. TANAH LIAT
Bayangkan anda urut muka dengan tanah liat, terutamanya tanah liat yang kaya dengan nutrient. Pori bersih dan kecut, kulit anda semakin berseri. Antaranya boleh gunakan, French green clay, Bentonite clay, dead sea clay.
7. ARANG AKTIF.
Arang aktif ini memang power. Selain berfungsi sebagai scrub, ia juga mempunyai keupayaan untuk menyerap toksin. Boleh lah serap kekotoran di kulit dan menyebabkan jerawat jarang tumbuh.
8. BERAS
Beras juga boleh diblend untuk dijadikan scrub ataupun boleh direndam dan air rendaman digunakan untuk mencuci muka.
9. BIJI LAVENDER.
Yang ini mungkin tak ada di dapur anda. Tapi anda boleh beli di mana-mana kedai yang menjual produk natural.
Bayangkan segala benda ni mudah diperolehi, dan jauh lebih baik dari microbeads yang hanya mencemar alam dan membahayakan kesihatan kita. Jom terus bertukar kepada solusi natural untuk cantik dan kekal putih berseri!
–
Mary Jardin juga mengeluarkan scrub kulit yang natural dengan menggunakan Himalayan Pink Salt. Boleh lihat disini.
Kalau untuk muka pula, lebih sesuai anda cuba sabun natural organik Mary Jardin yang mengadungi oat sebagai scrub selamat semula jadi.
Selamat membersihkan kulit!