7 WAKTU SESUAI MINUM AIR KOSONG YANG JARANG ORANG AMALKAN
Percayakah dengan minum air sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit anda?
Air merupakan komponen yang sangat penting untuk tubuh badan manusia dan fungsinya. Selain mengawal berat badan, air minuman meningkatkan metabolisme dan mengawal selera makan. Ramai di luar sana masih ambil mudah tentang waktu sesuai minum air kosong.
Berikut adalah 7 waktu sesuai minum air kosong yang boleh anda amalkan
1.SEBELUM MAKAN
Minum air kosong sebelum makan dapat membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Ia juga dapat melembapkan lapisan perut. Ini akan membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.
2. BANGUN TIDUR
Ini adalah waktu sesuai minum air kosong. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air dapat membantu tubuh untuk menolak radikal bebas dan sisa-sisa kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.
3. SEBELUM BERSUKAN
Sebelum bersukan anda dinasihatkan untuk minum air terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih terjaga dan lancar.
4. SELEPAS BERSENAM
Anda dinasihatkan minum air banyak selepas bersenam. Ia bertujuan untuk menggantikan cecair badan yang hilang semasa bersenam. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar. Tetapi anda perlu pastikan tidak tergesa-gesa kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.
5. BILA ANDA RASA PENAT
Tahukah anda bahawa keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, ambil satu atau dua gelas air memadai.
6. BILA LAPAR
Apabila anda mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba anda minum segelas air. Cuba mulakan minum dengan minimum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perut merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.
7. SAKIT
Apabila anda sakit, anda perlu minum banyak cecair, termasuk air untuk menjadi lebih baik dan cepat sihat. Ambil 8 gelas air setiap hari iaitu 8 auns setiap gelas.
Masih pening untuk memilih produk makanan tambahan yang selamat? Nak tahu Produk apa yang tengah trending sekarang?
Bagaimana? Untuk Memesan OXIVIT ANTIOXIDANT DRINK – ENERGY BOOSTER ini?
Dapatkan di website maryjardin.co
Good info ?